fbpx

Xhaka jadi punca pelan Arteta musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XHAKA (kiri) dilayangkan kad merah pada minit ke-35 selepas melakukan terjahan keras ke atas Cancelo. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berang dengan sikap pemain tengah, Granit Xhaka selepas dilayangkan kad merah pada aksi bertemu Manchester City yang menyaksikan pasukan The Gunners tewas 0-5 di Etihad kelmarin.

Pada aksi tersebut, pemain antarabangsa Switzerland itu te­lah diarahkan keluar padang oleh pengadil selepas melakukan terjahan keras ke atas Joao Cancelo pada minit ke-35 sekali gus membuatkan mereka kalah besar.

Kata Arteta, apa yang dilakukan oleh Xhaka sepatutnya boleh dielakkan kerana ia mengakibatkan moral barisan pemain lain di atas padang terjejas selepas hanya beraksi dengan 10 pemain menentang lawan yang sukar seperti City.

“Saya kecewa dengan apa yang Xhaka lakukan dan ia telah menyebabkan kami tewas lebih ­teruk. Namun, keputusan pengadil juga boleh dipertikai kerana ia adalah terjahan 50-50 dan pada perlawanan lain, ia kadang kala tidak diberikan kad merah,” katanya.

Sementara itu, kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang menyeru agar barisan pemain bangkit semula selepas menyaksikan pasukan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan langkah kiri tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan.

“Kami hanya boleh menu­ding jari kepada diri sendiri dan melihat kepada cermin apa yang telah berlaku dalam pasukan ini. Saya anggap ini adalah kekalahan yang perlu dipikul bersama dan bukan melibatkan kesilapan individu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI