fbpx

Kelakuan ‘pelik’ Sung Hoon dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNG HOON

ADAT bergelar selebriti, semua tindakan yang dilakukan pasti menjadi perhatian pihak yang gemar mencari kesalahan.

Pelakon Sung Hoon misalnya menjadi contoh terbaharu apabila dikecam gara-gara tindakan dan kelakuannya yang didakwa gemar melakukan sentuhan fizikal terhadap artis wanita di hadapan kamera.

Memetik laporan Kstarlive, kelakuan pelakon itu menjadi topik perbincangan hangat menerusi sebuah artikel komuniti dalam talian apabila mendedahkan ragam Sung Hoon ketika bersama artis wanita.

Laporan berkenaan menyentuh aksi Sung Hoon terhadap Park Narae ketika mereka muncul dalam program I Live Alone.

Malah, sebuah video YouTube memaparkan aktor itu bermain golf bersama pemain golf Yeji turut menjadi bualan.

Selepas bermain dengan teruk, Sung Hoon melentokkan kepalanya ke bahu Yeji dan berbisik di telinga wanita itu untuk meminta peluang kedua sekali lagi.

Susulan itu, ramai netizen meninggalkan komen negatif terhadap Sung Hoon, namun tetap ada peminat menyokongnya dengan mempercayai bahawa kelakuan aktor itu tidak salah memandangkan semua artis wanita nampak selesa bersamanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI