fbpx

Penganggur proses, jual ‘cakoroi’ kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

BALIK PULAU – Polis berjaya menumpaskan satu kegiatan memproses dan menjual air ketum di daerah ini selepas menahan seorang penganggur di sebuah rumah sewa di Taman Ipin, Batu Maung di sini semalam.

Lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Bukit Gedung itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A Anbalagan berkata, hasil serbuan di dalam rumah tersebut telah membongkar sebuah tempat simpanan daun ketum bersama peralatan memproses minuman itu.

“Siasatan lanjut, suspek merupakan salah seorang pekerja bagi sindiket memproses ketum yang beroperasi lebih kurang enam bulan lalu.

“Rumah tersebut pernah diserbu beberapa kali sebelum ini atas kesalahan yang sama dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan saki- baki individu yang terlibat dalam sindiket ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI