fbpx

Ribuan sertai protes tolak pelalian mandatori di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ribuan penduduk England berarak menujuk ke Bangunan Parlimen sebagai protes keperluan mengambil suntikan vaksin Covid-19. - Sian Boyle

LONDON – Beribu-ribu orang di Britain yang merupakan kumpulan antivaksin mengadakan tunjuk perasaan  di pusat bandar London bagi membantah rancangan kerajaan untuk mewajibkan pengambilan vaksin dan pasport Covid-19, lapor akhbar Daily Mail  kelmarin.

Penunjuk perasaan berkumpul di Hyde Park dan berarak menuju ke Bangunan Parlimen sambil memegang kain rentang, plakad dan bendera Britaian  yang tertulis keengganan mereka mematuhi arahan tersebut.

Sesetengah ibu bapa juga dirakam membawa anak-anak mereka menyertai perarakan tersebut sebagai bantahan kepada keputusan untuk memvaksin kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas tidak lama lagi.

Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dilaporkan akan diberi kebenaran memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan kanak-kanak 12 tahun ke atas tanpa perlu mendapatkan keizinan daripada ibu bapa atau penjaga.

Isu tersebut menimbulkan masalah dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Boris Johnson apabila sebilangan anggota Kabinet membantah usul tersebut kerana menyifatkannya mencabuli hak  asasi rakyat negara itu.

Pada minggu lalu, orang ramai turut mengadakan protes serupa, dalam situasi lebih kecoh apabila hampir 200 daripada mereka menceroboh masuk ke stesen televisyen tempatan, ITV News dan Channel 4 News. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI