fbpx

AS ramal serangan keganasan baharu di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden memberi amaran serangan pengganas baharu akan berlaku dalam tempoh 24 hingga 36 jam. - Getty Images

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran bahawa serangan baharu oleh kumpulan pengganas adalah  dijangka di Afghanistan dalam tempoh 24 hingga 36 jam akan datang, lapor akhbar Mirror UK.

Kenyataan itu dibuat oleh Biden sebaik sahaja pesawat terakhir milik Britain yang membawa penduduk Afghanistan meninggalkan Lapangan Terbang Kabul petang kelmarin.

Sementara itu, AS masih lagi meneruskan saki-baki pemindahan penduduk, tentera dan ekspatriat dari negara bergolak  itu menjelang tarikh akhir yang ditetapkan esok oleh pemerintah Taliban 

Menerusi satu kenyataan rasmi White House, Biden berkata bahawa beliau masih  berbincang dengan komander-komander  tentera di lapangan untuk mengatasi ancaman serangan baharu ini.

“Saya memberitahu mereka bahawa kami akan membuat serangan balas ke atas kumpulan yang bertanggungjawab menyerang tentera AS dan masyarakat awam di Kabul.

“Serangan udara AS ke atas lokasi militan Daesh baru-baru ini bukan yang terakhir. AS akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang menyerang kami,” tegasnya.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, kumpulan Taliban memberi amaran kepada semua negara luar untuk segera menyelesaikan proses pemindahan penduduk sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 31 Ogos ini.

Pentagon telah menegaskan bahawa beberapa pintu di lapangan terbang akan tetap dibuka hingga tarikh tersebut saat itu dan pemegang pasport AS masih boleh memasuki kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, Kedutaan AS di Kabul memberi amaran kepada warganya untuk tidak mendekati lapangan terbang di Kabul  dan menghindari pintu masuk yang kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Pemerintah Taliban juga telah memerintahkan supaya penduduk Afghanistan berhenti daripada melakukan perjalanan ke lapangan terbang Kabul.

Taliban telah menutup akses ke lapangan terbang di Kabul sejak kelmarin kepada kebanyakan warga Afghanistan yang mahu melarikan diri dari negara itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI