fbpx

Tengku Zafrul akan teruskan dasar terbaik untuk rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul (berdiri, kiri) sedang melihat pengukir seni kayu semasa lawatan dan penyampaian bakul prihatin ke Pusat Seni Budaya Suku Mah Meri di Pulau Carey hari ini. Foto ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LANGAT-Kementerian Kewangan akan meneruskan dasar yang memberi manfaat untuk rakyat sebelum ini atas semangat Keluarga Malaysia selaras Indeks Prestasi Utama (KPI) 100 hari yang ditetapkan Perdana Menteri.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini termasuk Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) serta bantuan di bawah Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (Cendana) sebanyak RM19 juta.

“Kita menyambut baik Indeks Prestasi Utama (KPI) 100 hari yang ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

“Selain itu, sebaik mengangkat sumpah esok saya akan memanggil semua pihak berkepentingan termasuk pihak pembangkang dalam memberikan input bagi persediaan bajet 2022, Oktober ini,” katanya kepada pemberita semasa lawatan ke Pusat Kebudayaan Orang Asli Mah Meri Pulau Carey hari ini.

Mengulas lanjut Tengku Zafrul berkata, pihaknya turut menghulurkan bantuan barang bernilai RM10,000 kepada 100 keluarga suku Mahmeri yang terkesan akibat pandemik Covid-19.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI