fbpx

Hampir putus asa, menangis sebab ini – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janna Nick.

PETALING JAYA – “Pada mulanya jujur saya katakan hampir berputus asa dan pernah menangis untuk menyesuaikan diri.

“Tapi kerana kepercayaan penerbit yang mengatakan saya boleh bawa dan sampaikan dengan baik, maka saya jadikan itu sebagai sumber kekuatan.”

Itu jawapan ringkas pengacara dan pelakon Janna Nick yang mencabar diri dan menyahut cabaran untuk mengendalikan program televisyen berbentuk dokumentari terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Janna berkata, selepas khidmatnya bersama Melodi tamat pada 25 Julai lalu, dia diberi kepercayaan untuk mengacarakan program berbentuk ilmiah, Banteras Covid-19 yang mengetengahkan isu semasa berkaitan pandemik.

Bagi Janna, rezeki dan peluang yang diterima digunakan sebaik mungkin untuk dirinya terus mengasah bakat dan memantapkan lagi ilmu pengacaraan yang dicintainya.

“Jujur untuk program kali ini saya terpaksa lalui pelbagai cabaran. Saya hampir ‘give up’ (putus asa) masa minggu pertama rakaman dan menangis disebabkan ini.

“Sukar dan terbeban bagi saya kerana perlu menghafal dan baca banyak fakta. Jauh betul dengan program hiburan yang lebih santai dan spontan.

“Empat tahun saya acarakan program hiburan. Masuk dalam industri pun program hiburanlah yang saya buat terlebih dahulu. Sekarang nak tak nak kena selalu ikut isu semasa dan persiapkan diri lebih awal sebelum rakaman,” katanya kepada Kosmo! sebentar tadi.

Tambah pelantun lagu Mungkin Saja itu, cabaran terbesar yang perlu diterimanya sebagai pengacara adalah terpaksa ikut turun ke set yang mungkin mendedahkan dirinya dengan virus Covid-19.

Terdahulu, Janna mengendalikan program Melodi yang bersiaran setiap Ahad di TV3 bersama pengacara Awal Ashaari sebelum kedudukan tersebut diambil alih aktres versatil, Nabila Huda.

Program Banteras Covid-19 musim baharu sebanyak 13 episod menemui penonton di saluran TV1 pada setiap hari Ahad, pukul 12 tengah hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI