PUTRAJAYA – Sebanyak 20,579 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 1,706,089 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 4,591 kes, diikuti oleh Sabah sebanyak 2,578 kes dan Sarawak sebanyak 2,522 kes.
“Seterusnya, Johor (1,852 kes), Kedah (1,755 kes), Pulau Pinang (1,378 kes), Kelantan (1,316 kes), Perak (1,208 kes), Pahang (839 kes), Terengganu (789 kes), Kuala Lumpur (680 kes), Melaka (636 kes) dan Negeri Sembilan (329 kes).
“Perlis (56 kes), Putrajaya (48 kes) dan Labuan (dua kes),” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929