fbpx

Laporan polis ejen jual vaksin untuk warga asing di Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WONG SIEW MUN (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Bentong bagi menyiasat dakwaan jualan vaksin kepada warga asing di Bentong.

BENTONG – Bayaran RM100 hingga RM380 seorang untuk vaksin warga asing.

Itu didedahkan Timbalan Ketua Penerangan MCA Pusat, Wong Siew Mun yang mendakwa menerima laporan daripada penduduk setempat mengenai aktiviti ejen yang menjual slot suntikan vaksin melibatkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah ini.

Katanya susulan itu dia telah bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong hari ini.

“Pihak kami menerima banyak aduan dan rungutan daripada penduduk Bentong bahawa ada ejen menghubungi mereka dan menawarkan slot vaksin kepada pekerja asing yang bekerja dengan mereka dengan bayaran RM100 hingga RM380.

“Tindakan ini sama sekali menidakkan hak rakyat Malaysia yang masih menunggu giliran MySejahtera apatah lagi ramai rakyat kita telah meninggal dunia akibat Covid-19 sebelum mendapat giliran suntikan vaksin,”katanya di sini, hari ini.

Justeru beliau berkata, siasatan perlu dilakukan dengan segera bagi memastikan tiada lagi aktiviti seperti ini termasuk dalam program vaksinasi terbaharu yang akan dilaksanakan di Mempaga di sini esok.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI