fbpx

Pengarah syarikat ditipu dapatkan gelaran dan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat warga tempatan ditipu dalam urusan mendapatkan gelaran Seri Utama Mahkota Wilayah dan sebidang tanah kurnia berkeluasan lima ekar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, pihaknya telah menerima satu laporan membabitkan pengarah syarikat berusia 33 tahun tersebut.

“Dalam kes tersebut, pada 28 Mac lalu, pengadu telah menerima panggilan dan dimaklumkan bahawa Istana Negara akan mengurniakan gelaran Seri Utama Mahkota Wilayah dan sebidang tanah kurnia berkeluasan lima ekar.

“Pada hari yang sama, pengadu telah menyerahkan salinan maklumat butiran syarikat dan butiran peribadi kepada individu tersebut di sebuah restoran berhampiran Pintu 2, Istana Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pengadu juga telah diarahkan untuk membuat pembayaran sebanyak RM9,400 ke dalam satu akaun yang telah diberikan oleh suspek pada 6 April lalu.

“Suspek juga telah melakukan empat transaksi berjumlah RM247,000 ke atas satu akaun lain yang diberikan suspek antara 30 April hingga 17 Jun lalu.

“Pengadu turut menyerahkan RM150,000 secara tunai kepada suspek. Selepas pembayaran dilakukan, pengadu mengesyaki sesuatu dan membuat semakan ke atas akaun yang diberikan oleh suspek.

“Semakan mendapati, akaun tersebut adalah di atas nama syarikat yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia,” jelasnya.

Mohd. Mahidisham turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan menggunakan saluran yang betul dalam urusan mendapatkan anugerah atau gelaran. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang diberikan tanpa memeriksa transaksi pembayaran yang dibuat

Kes melibatkan kerugian berjumlah RM 406,400 dan disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI