fbpx

Kesan tapak kaki gagalkan cubaan keluar PATI Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh pati Indonesia ditahan semasa Op Benteng di Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Johor, semalam.

KUALA LUMPUR- Gara-gara kesan tapak kaki, tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia ditangkap dalam satu serbuan kumpulan Quick Reaction Force (QRF) pukul 9 malam semalam Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Johor.

Kejadian tersebut berlaku di sektor Op Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia oleh Pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

“Kumpulan QRF telah menjejak beberapa kesan tapak kaki yang disyaki adalah pati sedang bersembunyi dalam ladang kelapa sawit sebelum serbuan dibuat.

“Kumpulan ini juga dipercayai adalah saki-baki daripada tangkapan semalam dipercayai menunggu bot untuk pulang ke Indonesia,” menurut kenyataan daripada Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia pagi tadi.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM11,345 membabitkan wang tunai RM 10,299 dan 3,712,000 rupiah (RM 1,491).

Kesemua pati telah dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang dan pengendalian adalah mengikut SOP Covid-19.

Laporan tangkapan terhadap kesemua pati dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

Mereka akan diserahkan ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut selepas menjalani ujian saringan Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI