fbpx

Lagu Kesetiaan nyanyian Siti Sarah ungguli carta RIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lagu Kesetiaan yang dilancarkan pada 2002 melonjak selepas menduduki carta pertama Lagu Strim Paling Tinggi di Malaysia untuk minggu ke-33.

PETALING JAYA – Single pertama penyanyi Allahyarham Siti Sarah berjudul Kesetiaan yang dilancarkan pada 2002 melonjak selepas menduduki carta pertama Lagu Strim Paling Tinggi di Malaysia untuk minggu ke-33.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) semalam, lagu ‘berhantu’ ciptaan komposer terkenal, Ajai itu menduduki tangga nombor satu untuk dua minggu berturut-turut.

Selain single Kesetiaan, tiga lagi lagu dendangan Siti Sarah atau nama lengkapnya Siti Sarah Raissuddin turut menduduki tangga Top 10 Lagu Strim Paling Tinggi sepanjang 13 Ogos hingga 19 Ogos lalu.

Berada di tangga kelima ialah lagu duet bersama suaminya, Shuib berjudul Semakin Benci Semakin Cinta.

Sementara single berjudul Saat Hilang Cintamu yang dilancarkan pada 2003 berada di kedudukan keenam dalam carta, manakala lagu Semakin menghuni tangga kesembilan.

Biarpun penyanyi yang juga ibu kepada empat orang cahaya mata itu telah ‘pergi’ buat selama-lamanya, namun lagu-lagu dendangannya tetap menjadi pilihan pendengar yang merindui kelunakan suara Siti Sarah yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan nyanyian Bintang RTM 2001.

Sekadar info, Siti Sarah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, (HCTM).

Siti Sarah yang ketika itu hamil lapan bulan terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih berisiko.

Dia kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas kesihatannya terus merosot.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI