fbpx

Bekalan ubat Covid-19 tidak terputus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Bekalan ubat-ubatan yang berkaitan dengan rawatan Covid-19 di hospital awam tidak terputus sepenuhnya dan diterima secara berperingkat daripada pembekal.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai laporan media menyatakan terdapat kekurangan bekalan ubat-ubatan untuk kegunaan rawatan jangkitan Covid-19 di hospital awam di seluruh negara.

Beliau berkata, sejak Mei lalu, permintaan ke atas ubat-ubatan yang digunakan dalam rawatan Covid-19 meningkat secara drastik dalam jangka waktu singkat berikutan kenaikan kes secara mendadak bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

“Permintaan dalam negara ke atas ubat-ubatan yang berkaitan dengan rawatan virus itu meningkat antara 10 hingga 15 kali ganda berbanding sebelum pandemik yang turut mempengaruhi kedudukan stok ubat-ubatan Covid-19 di hospital awam.

“Ia turut mempengaruhi kedudukan stok ubat-ubatan Covid-19 di hospital awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, pihaknya turut dimaklumkan akan gangguan bekalan oleh syarikat pengeluar ubat-ubatan di luar negara berikutan situasi pandemik itu.

Menurutnya, selain itu, pengeluar tempatan juga mempunyai keupayaan terhad untuk menghasilkan stok dalam jumlah yang besar dalam jangka waktu singkat.

“Ini disebabkan oleh kekurangan bahan mentah di pihak pengeluar dan kemasukan bahan mentah tambahan dari luar negara yang tidak stabil.

“Bagaimanapun, bekalan ubat-ubatan ini tidak terputus sepenuhnya dan diterima secara berperingkat daripada pihak pembekal,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI