fbpx

Penduduk bimbang ramai penghuni kuarantin di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakukan kerja-kerja sanitasi awam di Rumah Pangsa Taman Harmoni Buntong, Ipoh hari ini. Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Jumlah penghuni yang ramai dikuarantin kerana positif Covid-19 menimbulkan kebimbangan pada penduduk Rumah Pangsa Taman Harmoni Buntong di sini sekiranya berlaku jangkitan.

Ini kerana daripada 26 blok di kawasan berkenaan, terdapat tujuh blok yang dihuni pesakit Covid-19 dan kontak rapat.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Zon 7 (Buntong), A Ganesan berkata, keadaan tersebut mengundang risiko kepada penduduk terutama warga emas, pesakit kronik dan wanita hamil.

“Bagi penduduk yang positif Covid-19, kita juga bimbang dengan keadaan ahli keluarga mereka kerana terpaksa tinggal dalam rumah yang sama.

“Tambahan pula apabila kebanyakan kes Covid-19 di sini adalah tanpa gejala,” katanya pada sidang akhbar di Flat Harmoni di sini hari ini.

Katanya lagi, tindakan segera juga perlu diambil bagi memastikan tiada penularan jangkitan ke blok-blok lain.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI