fbpx

Caprice masuk hospital gara-gara diserang ‘panic attack’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Caprice dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan di Mesir gara-gara demam dan mendapat serangan ‘panic’ selepas menerima suntikan dos kedua vaksin.

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan yang juga penyanyi rap, Caprice dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan dipercayai di Mesir gara-gara mengalami demam dan diserang panik selepas menerima suntikan dos kedua vaksin.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Caprice atau nama lengkapnya Ariz Ramli berkongsi sebuah video pendek menunjukkan dirinya sedang mendapatkan bantuan oksigen di sebuah hospital.

“Suntikan dos kedua lain macam. Insya-Allah selepas sehari saya akan bangkit,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik dalam ruangan InstaStorynya pula, Caprice memberitahu dia diserang ‘panic attack’ ketika berada di hospital sehingga memerlukan masa selama 45 minit untuk bertenang sebelum darahnya diambil oleh jururawat.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Wat Lek Wat Peace itu turut memberitahu kesan daripada suntikan dos kedua vaksin yang diterimanya semalam membuatkan dia sentiasa berasa lapar.

“Mungkin kesan sampingan suntikan vaksin membuatkan saya sentiasa lapar,” ujarnya.

Ujarnya lagi, dia perlu sembuh dengan segera kerana mempunyai misi yang perlu dilaksanakan pada hari ini.

Terdahulu, Caprice yang kini sedang menjalankan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin sejak pertengahan Jun lalu mendedahkan bahawa dia mempunyai rasa takut dan fobia yang teruk terhadap jarum dan akan mengambil masa yang lama untuk disuntik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI