fbpx

Vendor LZS disaring sebulan sekali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Petugas vendor Lembaga Zakat Selangor (LZS) perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan operasi dapat dijalankan dalam suasana bebas wabak.

LZS menerusi notis arahan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan baru-baru ini berkata, vendor yang dibenarkan hadir ke premis LZS ialah pengawal keselamatan bertugas dan petugas perkhidmatan pembersihan.

“Setiap pekerja yang perlu bertugas di mana-mana premis LZS hendaklah disahkan sepenuhnya bebas Covid-19 dengan melaksanakan ujian saringan pengesanan Covid-19 yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Kesihatan (MDA).

“Ujian saringan tersebut perlu dilaksanakan sebulan sekali dan kos ujian adalah tanggungjawab pihak vendor,” katanya.

Menurut LZS, bagi pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di premis LZS yang perlu beroperasi, hanya mereka yang melepasi tempoh 14 hari selepas suntikan vaksin Covid-19 dos kedua sahaja dibenarkan bertugas. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI