RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 mematahkan cubaan seorang lelaki untuk menyeludup masuk enam ekor anjing bernilai RM35,000 di pangkalan haram Maghribi di sini semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA, Superintendan Mat Shukor Yusof berkata, suspek yang membawa anak-anak anjing di dalam sebuah kereta itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi ketika anggota PGA menjalankan rondaan di kawasan tersebut.
“Hasil pemeriksaan di dalam kereta berkenaan telah menjumpai enam ekor anak anjing dengan salah satunya daripada baka Bulldog.
“Siasatan awal mendapati, kesemua anak-anak anjing itu dibawa masuk secara haram dari negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mat Shukor memberitahu, kesemua barangan rampasan itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Maqis 2011.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929