fbpx

Ribut petir dan hujan lebat dijangka landa 11 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorolgi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat melibatkan 11 negeri yang dijangka akan berlaku sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, negeri-negeri yang terlibat terdiri daripada negeri Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Sabah.

“Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah di sekitar Langkawi, Kubag Pasu serta Kota Setar dan hujan lebat juga ribut petir dijangka berlaku shingga pukul 12 tengah hari.

“Di Perak, kawasan yang dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat adalah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Kelantan Pula adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Putih, Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya.

Jelas kenyataan itu, di Terengganu kawasan yang terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kemaman manakala di Selangor pula akan melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Kawasan di Johor yang dijangka dilanda hujan lebat dan ribut petir adalah di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian manakala kawasan di sabah pula adalah di Tawau (Lahat Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Pitas serta Kudat),” ujar kenyataan itu.

Bagi negeri Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Sabah, hujan lebat serta ribut petir dijangka akan reda sekitar pukul 10 pagi ini.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI