fbpx

Verstappen sambar petak pertama GP Belgium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto ihsan Twitter Red Bull Racing.

STAVELOT, Belgium – Pelumba sensasi Red Bull, Max Verstappen menepati ramalan apabila meraih petak pertama Grand Prix (GP) Belgium selepas mendominasi pusingan kelayakan di Litar Spa sebentar tadi.

Pada perlumbaan tersebut, Verstappen berjaya memintas catatan masa pelumba Williams, George Russell yang terpaksa akur di kedudukan kedua selepas ketinggalan 0.321 saat.

Sementara itu, pendahulu carta kategori pelumba yang juga juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes menamatkan saingan di petak ketiga. -K! ONLINE

Keputusan 10 Teratas kelayakan GP Belgium;

1. Max Verstappen (Red Bull)
2. George Russell (William)
3. Lewis Hamilton (Mercedes)
4. Daniel Ricciardo (McLaren)
5. Sebastian Vettel (Aston Martin)
6. Pierre Gasly (AlphaTauri)
7. Sergio Perez (Red Bull)
8. Valtteri Bottas (Mercedes)
9. Sebastian Ocon (Alpine)
10. Lando Norris (McLaren)

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI