fbpx

Sungai jadi hitam, berbau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Air Salak yang berubah warna menjadi hitam serta berbau busuk di Kampung Batang Rokan, di sini.

TAMPIN – Penduduk di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, di sini, kecewa terpaksa menanggung bau busuk dari Sungai Air Salak yang didakwa tercemar disebabkan air kumbahan ladang ayam.

Salah seorang penduduk, Kamaruddin Abu Samah, 66, berkata, dia menyedari sungai berkenaan yang sering dijadikannya sebagai sumber air bagi menyiram lebih 100 rumpun tanaman tebunya sejak setahun lalu berwarna hitam, pada pagi Selasa lalu.

“Mulanya saya nak bersihkan kebun, cadang nak ambil air nak siramkan tebu, tengok air hitam, tak tergamak nak ambil air itu sebab busuk sangat,” katanya ketika ditemui di lokasi sungai tercemar Kampung Batang Rokan, di sini tadi.

Manakala, Roslan Mohd Akhir, 54, pula memberitahu, dia terpaksa menghidu bau busuk sejak Selasa lalu susulan kediamannya terletak kira-kira 500 meter dari sungai.

“Bau busuk lebih kuat jika musim panas dan lewat malam,” katanya.

Bagi Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batang Rokan, Malek Samsudin, dua tahun lalu sungai di kawasan berkenaan pernah tercemar dipercayai disebabkan oleh pencemaran yang sama iaitu dari sisa ladang ayam.

Menurutnya, sebelum pencemaran berlaku, MPKK baharu sahaja dua minggu mencari penyelesaian bagi masalah lalat disebabkan aktiviti di ladang ayam yang wujud lebih daripada seorang pengusaha di perkampungan berkenaan.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, Abd. Latif A. Tambi berkata, aduan berkenaan kini dalam perhatian Exco Kerajaan Negeri di bawah portfolio berkaitan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI