fbpx

‘Langsung tak percaya pengembara kuarantin di rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makluman oleh KKM di laman Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Pengguna laman sosial menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) mengkaji semula kebenaran kuarantin di rumah kepada pengembara dari luar negara kerana bimbang dengan penyebaran varian baharu serta khuatir dengan tahap kepatuhan mereka.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen Facebook rasmi KKM mendapati rata-rata mereka tidak bersetuju dengan pelaksanaan kuarantin di rumah kerana sebelum ini banyak varian berbahaya seperti Delta mula merebak di negara ini melalui pengembara.

Selain itu, pengembara juga turut mencetuskan beberapa kluster besar seperti ‘Kluster Sivagangga’.

“Kementerian Kesihatan Malaysia lupa ke kluster sivagangga punca dari mana? Tiada maknanya nak dok diam kat rumah,” tulis Ajai Eina.

Senada dengan Ajai Eina adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhd Faizal Ahmad.

“Dahla macam-macam varian ada dari luar negara, pastu boleh pulak biar yang balik kuarantin dekat rumah,” katanya.

Selain itu, pengguna laman sosial juga khuatir jika KKM membenarkan arahan itu, mereka akan ingkar serta keluar merayau seperti beberapa kes sebelum ini.

Terdahulu, KKM menerusi laman Facebooknya memaklumkan pihaknya sedang menguruskan proses permohonan untuk pengembara kuarantin di rumah.

“Permohonan anda akan di proses, emel HSO sedang menerima jumlah emel yang tinggi, oleh itu, ia akan mengambil masa yang lama untuk dibalas.

“Dimohon untuk tidak menghantar emel yang berulang-ulang kerana ini akan membebani sistem kami. Terima kasih atas kesabaran anda semua,” kata KKM.-K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI