fbpx

Tahanan Korea Utara dipaksa ‘squat’ 1000 kali kerana berdengkur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laporan PBB mendapati tahanan penjara Korea Utara diseksa dan dilayan tanpa perikemanusiaan. - DW.COM

NEW YORK – Satu laporan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa penjara-penjara di Korea Utara mungkin telah menyeksa tahanan dengan pelbagai cara kejam, melaksanakan kegiatan buruh paksa secara kasar dan mengarahkan banduan melakukan posisi-posisi yang sukar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Antara yang dilakukan termasuk memukul, menyebabkan tekanan serta mendera tahanan dengan cara memaksa mereka melakukan senaman ‘squat’ sebanyak 1,000 kali hanya kerana berdengkur ketika tidur.

Laporan yang akan dibentangkan di Perhimpunan Agung PBB pada bulan depan itu telah mengkaji aduan-aduan diterima untuk melihat sekiranya terdapat pelanggaran hak asasi manusia di negara itu.

Ia meliputi kesemua insiden yang berlaku antara Ogos 2020 hingga Julai 2021 termasuk laporan dari tahun 2010 hingga 2019.

Korea Utara dilaporkan telah diminta untuk bekerjasama dengan PBB bagi laporan terbabit, namun Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia pertubuhan itu mengatakan pihaknya belum menerima maklum balas.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres yang mengumpulkan semua dokumen berkata, layanan Korea Utara kepada tahanannya mungkin merupakan satu bentuk ‘penyeksaan atau kekejaman, sifat tidak berperikemanusiaan atau bersifat penghinaan’.

Sementara itu, seorang bekas banduan Korea Utara mendakwa, pengawal penjara telah memukulnya dengan kerusi, tongkat dan tali pinggang kulit.

“Beberapa orang tahanan diminta untuk meletakkan kepala mereka pada jeriji besi dan pengawal kemudiannya akan memukul dengan menggunakan kayu berat,” tulis kenyataan dalam laporan itu.

Dalam pada itu, laporan PBB itu turut menyatakan bahawa bekalan makanan kepada tahanan tidak mencukupi selain banduan sedia maklum bahawa terdapat kes individu yang mati akibat kebuluran. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI