fbpx

Lelaki terima 5 dos 3 jenis vaksin berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu mendapatkan lima suntikan dos vaksin daripada tiga jenis vaksin berbeza dalam tempoh 10 minggu. - Getty

RIO DE JANEIRO – Pihak berkuasa Brazil sedang menyiasat insiden seorang warga tempatan yang mendapatkan sekurang-kurangnya lima dos suntikan vaksinasi daripada tiga jenis vaksin Covid-19 yang berbeza dalam tempoh 10 minggu, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Menurut rekod rasmi, lelaki yang tidak dinamakan itu mula mendapatkan suntikan vaksin pada Mei lalu dan terus mendapatkan suntikan baharu pada bulan Jun.

‘Maraton’ vaksinnya bagaimanapun dibongkar seorang petugas di sebuah pusat vaksinasi ketika lelaki itu cuba mendapatkan suntikan vaksin yang seterusnya.

Rekod yang diperoleh media Brazil mendapati, lelaki itu mendapat suntikan vaksin Pfizer pertamanya pada 12 Mei lalu, diikuti dos kedua AstraZeneca pada 5 Jun.

Dia seterusnya mendapatkan dos kedua Sinovac pada 17 Jun, satu lagi dos vaksin Pfizer pada 9 Julai dan satu lagi vaksin Sinovac pada 21 Julai lalu.

Pihak berkuasa pada awalnya percaya rekod vaksin lelaki itu yang dipaparkan di platform online merupakan kesilapan teknikal, namun siasatan awal Jabatan Kesihatan Perbandaran Rio menunjukkan bahawa perkara itu bukan berpunca daripada kesilapan pendaftaran.

“Kes tersebut sedang disiasat bagi mengenalpasti sama ada perkara itu merupakan kegagalan dalam mendaftarkan dos-dos vaksin yang sudah diterima ke dalam sistem atau kesilapan lain,” kata Jabatan Kesihatan Perbandaran Rio dalam satu kenyataan.

Brazil ketika ini berdepan kekurangan bekalan vaksin yang kritikal dengan jutaan penduduknya masih menunggu suntikan dos pertama. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI