PUTRAJAYA – Kes harian negara masih melepasi angka 22,000 dengan 22,597 kes hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,685,510 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 5,814 kes, diikuti oleh Sabah sebanyak 2,834 kes dan Sarawak 2,427 kes.
“Kedah (2,162 kes), Pulau Pinang (1,920 kes), Johor (1,896 kes), Kelantan (1,289 kes), Kuala Lumpur (1,111 kes), Perak (1,061 kes), Terengganu (739 kes), Pahang (579 kes), Negeri Sembilan (345 kes) dan Melaka (269 kes).
“Perlis pula (98 kes), Putrajaya (48 kes) dan Labuan (lima kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929