fbpx

Modul kurikulum latih guru bimbing mualaf bakal dibangunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIRAJUDDIN ketika berucap merasmikan penutup Konvensyen Pendidikan Tinggi Islam Mualaf di Malaysia 2021 secara maya hari ini. – Ihsan Jakim

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan pembangunan suatu modul kurikulum khas bagi melatih guru yang terlibat dalam membimbing mualaf di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (Ipdas) boleh memainkan peranan menjayakan misi itu.

“Saya percaya program pendidikan guru mualaf dapat melahirkan tenaga kerja mahir sama ada peringkat sijil atau diploma untuk mengangkat imej martabat usaha dakwah ini,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutup Konvensyen Pendidikan Tinggi Islam Mualaf di Malaysia 2021 anjuran Ipdas, agensi di bawah Jakim itu secara maya hari ini.

Mengulas lanjut, Sirajuddin berkata, usaha berterusan pendakwah itu penting kerana setiap tahun dianggarkan lebih 10,000 orang memeluk Islam di negara ini yang perlu bimbingan, justeru, ia menjadi tanggungjawab pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan untuk bergabung dalam pendidikan mualaf.

Ini juga katanya, demi memastikan aspek pengurusan dan bimbingan dilaksanakan secara berstruktur dengan melahirkan seramai mungkin asatizah dalam kalangan Cina, Iban, Dusun dan lain-lain. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI