fbpx

Sorok 880,000 batang rokok seludup bawah baja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Taktik seorang lelaki menyembunyikan sebanyak 880,000 batang rokok seludup bernilai RM660,000 di bawah timbunan kampit baja di dalam muatan lori dipandunya gagal apabila dia ditahan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Tendong – Melor di sini semalam.

Suspek yang berusia 44 tahun itu ditahan ketika anggota Batalion 8 PGA menjalankan rondaan di jalan berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.

Komander PGA Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner, Hasan Basri Ahmad Safar berkata, anggota PGA telah menahan sebuah lori jenis Nissan UD selepas ia didapati dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota PGA terus melakukan pemeriksaan pada bahagian belakang lori berkenaan sebelum menemui 88 kotak yang mengandungi rokok seludup disembunyikan di bawah timbunan kampit baja yang ditutup kanvas.

“Suspek mengaku menerima upah RM100 hingga RM300 untuk membawa baja berkenaan, namun menyalahgunakan tanggungjawab itu dengan membawa barangan seludup.

“Lelaki itu juga telah mengemukakan surat kebenaran rentas negeri daripada sebuah syarikat, namun semakan mendapati ia merupakan dokumen palsu yang digunakan suspek semasa melalui sekatan jalan raya,” katanya pada sidang akhbar di Kem Batalion 8 PGA di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Menurut Hasan Basri, siasatan mendapati, kesemua rokok-rokok itu dibawa masuk melalui jalan sungai dan ia akan dijual untuk pasaran di Johor, manakala ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine, namun tiada sebarang kes jenayah lampau direkodkan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI