KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa itu berlaku pada kedudukan 131 kilometer barat daya dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 84 kilometer pada pukul 6.29 pagi tadi.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – K! ONLINE