fbpx

Bonnie raih emas Paralimpik dengan rekod baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BONNIE meraikan kejayaan memecahkan rekod Paralimpik dengan catatan baharu 228kg untuk acara powerlifting bawah 72kg sebentar tadi. - Gambar MAJLIS SUKAN NEGARA

KUALA LUMPUR – Jaguh para negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menerusi acara powerlifting bawah 72 kilogram (kg).

Lebih manis, Bonnie melakukannya menerusi catatan rekod baharu Sukan Paralimpik dengan bebanan angkatan seberat 228 kilogram (kg) pada percubaan ketiga dalam aksi final di Tokyo International Forum, Jepun sebentar tadi.

Atlet dari Sarawak itu memadam rekod lama Paralimpik, 227kg milik Mohsin Rasool dari Iraq yang melakukannya pada edisi Rio 2016.

Bagaimanapun, hasrat Bonnie untuk memecahkan rekod dunia 230kg yang dilakukannya sewaktu di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pada Jun lalu tidak kesampaian selepas gagal mengangkat bebanan angkatan 231kg dalam percubaan keempat.

Pingat perak acara itu dimenangi atlet para Mesir, Mahmoud Attia dengan angkatan terbaik 191kg, manakala gangsa menjadi milik Micky Yule dari Great Britain (182kg).

Sebagai rekod, kejayaan Bonnie itu menyaksikan kontinjen para negara kini berada pada landasan tepat untuk merealisasi sasaran tiga pingat emas yang ditetapkan pada Paralimpik Tokyo 2020. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI