fbpx

Malaysia kutuk serangan berdarah di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk keras serangan pengganas terhadap orang awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, Afghanistan kelmarin.

Kementerian Luar berkata, kerajaan Malaysia turut melahirkan perasaan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban akibat insiden berdarah itu.

“Serangan tidak berperikemanusiaan itu memburukkan lagi keadaan dan situasi kemanusiaan yang sudah kritikal di Afghanistan,” kata Wisma Putra menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, Malaysia menyeru semua pihak terbabit agar memberi keutamaan kepada keselamatan orang awam yang berhasrat meninggalkan negara itu.

“Namun pada masa sama, masyarakat antarabangsa dan badan sejagat perlu memastikan bantuan kemanusiaan tetap disalurkan kepada rakyat Afghanistan yang memerlukan,” katanya.

Tambahnya, kerajaan Malaysia akan tetap memberi sokongan kepada segala usaha damai dan penyelesaian konflik politik berterusan demi kepentingan kesejahteraan rakyat Afghanistan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI