PETALING JAYA – Orang ramai berpeluang melihat planet Musytari menggunakan mata kasar selain menggunakan binokular dan teleskop dengan menghadap ke arah ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan bergantung keadaan cuaca.
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam satu kenyataan melalui laman Facebook berkata, planet terbesar dari sistem solar itu akan kelihatan di langit pada waktu malam sepanjang bulan Ogos hingga Disember ini.
“Musytari berada di buruj Aquarius mulai Ogos ini dan menjejak sedikit demi sedikit ke arah barat sepanjang bulan dengan merentas di sempadan buruj Aquarius hingga Capricornus.
“Musytari akan kelihatan sepanjang malam di sekitar buruj Capricornus dengan diameter ketara Musytari adalah sebanyak 49 saat arka,” katanya kenyataan tersebut baru-baru ini.
Capricornus ialah buruj zodiak hemisfera selatan yang terletak berhampiran Sagittarius dan merupakan bintang tercerah terdiri daripada daripada bintang magnitud ketiga.
Menurutnya, permukaan Musytari dengan ciri luaran menonjol dipanggil ‘Great Red Spot’ serta empat bulan utamanya yang bernama Io, Europa, Ganymede dan Callisto atau dikenali sebagai Bulan Galilean boleh dilihat dengan jelas menggunakan teleskop.
Ia merupakan planet terbesar dalam sistem suria galaksi Bima Sakti dan planet kelima dari matahari serta mempunyai sebanyak 80 bulan yang berputar sebagai objek satelit semula jadi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929