fbpx

Kerana Song Ji-hyo, Manila jadi ibu negara Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEDUTAN episod Running Man yang memaparkan jawapan selamba daripada Ji-hyo yang menjawab bahawa Manila merupakan ibu negara Malaysia.

SIAPA yang tidak kenal dengan rancangan anekaragam popular Korea, Running Man.

Baru-baru ini, program berkenaan mencuri perhatian penonton tempatan apabila beberapa ahlinya bermain permainan soal jawab mengenai ibu negara Malaysia.

Situasi tersebut bermula apabila Ji Suk-jin bersama tetamu jemputan, Lee Young-ji berlatih menjawab kuiz dengan bertanya apakah ibu negara Malaysia.

“Kuala Lumbalumba,” jawab Young-ji dalam tayangan episod ke-567 tersebut.

Adegan tersebut semakin lucu apabila Suk-jin bertanyakan soalan sama kepada Song Ji-hyo.

“Manila,” jawab Ji-hyo dengan penuh keyakinan.

Reaksi bersahaja ditambah pula dengan air muka ‘kosong’ Ji-hyo mengundang tawa penonton serta ahli Running Man lain.

“Ji-hyo memang terkenal dengan otak kosong. Diberi pula soalan berat begitu, bertambah kabur pemikirannya,” komen seorang netizen.

“Baru tahu selama ini aku tinggal di Manila,” seloroh seorang lagi pengguna TikTok.

Dalam pada itu, rata-rata rakyat negara ini turut melahirkan rasa bangga apabila nama Malaysia menjadi sebutan dalam rancangan popular tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI