fbpx

Alisson lega ada Van Dijk, Matip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALISSON mengakui Chelsea dianggap sebagai pasukan pilihan, namun percaya benteng Liverpool mampu mengekang asakan The Blues. – AFP

LIVERPOOL – Penjaga gol utama Liverpool, Alisson Becker me­ngakui pasukan Chelsea layak dilabel sebagai pilihan menje­lang pertemuan kedua-dua kelab gergasi itu pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield tengah malam ini.

Kata Alisson, skuad The Blues yang dikendalikan oleh Thomas Tuchel sememangnya memiliki kualiti yang luar biasa selain sukar dijangka dan ia terbukti apabila pasukan itu berjaya muncul juara Liga Juara-Juara musim lepas.

“Saya jangka pertemuan Li­verpool menentang Chelsea ming­gu ini sebagai perlawanan klasik yang menjanjikan pertembungan sengit antara semua pemain dalam usaha merebut tiga mata berharga.

“Di atas kertas, saya percaya Chelsea lebih layak dilabel sebagai pasukan pilihan khususnya dalam menjuarai saingan EPL musim ini kerana mereka berjaya menandatangani ramai pemain berkualiti termasuk Romelu Lukaku,” katanya.

Mengulas lanjut, penjaga gol antarabangsa Brazil itu optimis pasukannya boleh mengekang kemaraan Lukaku dengan kehadiran semua dua tonggak pertahanan utama, Joel Matip dan Virgil Van Dijk yang sudah cergas sepenuhnya.

“Saya akui kami bergelut mempamerkan aksi konsisten tahun lalu kerana kehilangan beberapa tonggak utama di posisi pertahanan seperti Matip dan Van Dijk yang telah mengalami kecederaan jangka panjang.

“Kini, semua pemain sudah pun pulih sepenuhnya dan saya percaya kehadiran mereka akan memantapkan lagi benteng pertahanan termasuk memberi keyakinan kepada beberapa pemain muda yang mendapat peluang sebelum ini seperti Kostas Tsimikas dan Harvey Elliott untuk kekal tenang di atas padang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI