fbpx

Lukaku sandaran The Blues gempur Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU (kiri) tidak mengambil masa yang lama untuk mencipta keserasian dengan Chelsea selain berjaya meledak satu gol pada aksi pertama minggu lalu. – AFP

LONDON – Pengurus pasukan Chelsea, Thomas Tuchel optimis Romelu Lukaku akan terus mengganas dalam usaha membantu pasukan melakar rekod bersih menjelang aksi getir Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool di Anfield tengah malam ini.

Sebagai rekod, Lukaku yang dibeli dengan rekod perpindahan kelab £98 juta (RM562.8 juta) daripada kelab Inter Milan telah membuat kemunculan debut menentang Arsenal termasuk berjaya meledak satu gol pada aksi EPL minggu lalu.

Kata Tuchel, kualiti yang ada pada penyerang antarabangsa Belgium itu cukup ampuh dan ternyata tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan corak taktikal yang telah diterapkan bersama The Blues ketika ini.

“Kita tahu Lukaku seorang penyerang yang memiliki pakej lengkap dan saya cukup gembira apabila dia tidak perlu mengambil masa untuk sesuaikan diri dengan corak permainan yang pasukan terapkan dan ia terbukti ketika bertemu Arsenal minggu lalu.

“Justeru, saya yakin keha­dirannya pada aksi bertemu Liverpool nanti akan memberi impak yang besar buat pasukan dalam usaha memburu tiga mata penuh. Kita tahu Liverpool memiliki kualiti tersendiri dan saya percaya begitu juga dengan pasukan kami,” katanya.

Mengulas lanjut, Tuchel yang masih segar dengan pengiktirafan selepas menerima Anugerah Jurulatih Terbaik Eropah awal pagi semalam turut mengesahkan pasukannya bebas daripada sebarang kecederaan dan semua pemain boleh diturunkan.

“Semua pemain kami bersedia untuk diturunkan bertemu Li­verpool di Anfield termasuk pemain pertahanan, Recce James. Saya harap sesiapa sahaja yang dile­takkan dalam kesebelasan utama dapat memberikan seratus peratus aksi di atas padang nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI