fbpx

Mawar sebak, rindu suami tiada tiga hari belajar agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mawar dan Raf.

PETALING JAYA – Pelakon Mawar Rashid tidak dapat menahan sebak apabila suaminya yang juga pelakon Raf Yaakob sanggup keluar demi mendalami ilmu agama Islam.

Mawar menerusi hantaran dalam Instagramnya berkata, dia bersyukur kerana suaminya merupakan antara insan yang dipilih Allah untuk ke arah itu.

“Hari ini rasa sebak dan dalam masa sama rasa syukur terharu suami keluar menuntut ilmu agama Islam.

“Terima kasih ustaz @ebitlew sebab jemput suami Mawar ke tempat menuntut ilmu.

“Ingat lagi dia cakap, apa-apa saja untuk menambah baikkan perihal keluarga, apa sahaja untuk pahala dunia akhirat, dia akan pergi sebab nak bimbing isterinya ke jalan Allah,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut mendoakan kebahagian rumah tangga pasangan itu selain menyifatkan dia beruntung kerana mempunyai suami seperti Raf.

“Alhamdulillah. Semoga jadi pasangan yang dikasihi dan disayangi oleh Allah. Mudah-mudahan amalan kita semua diterimanya,” tulis netizen.

Terdahulu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 26, turut mengambil keputusan untuk berhijrah kepada fitrah untuk mengenakan hijab penuh sejak setahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI