fbpx

Berhenti mengata wanita kahwin warga asing – Ramona Zamzam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramona terkilan dengan mentaliti segelintir masyarakat Malaysia khususnya golongan yang sering menjadikan perkahwinan dengan warga asing sebagai bahan gurauan lucah.

PETALING JAYA – Pelakon Ramona Zamzam terkilan dengan mentaliti segelintir masyarakat Malaysia khususnya golongan yang sering menjadikan perkahwinan dengan warga asing sebagai bahan gurauan lucah.

Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 31, memberitahu hatinya kecewa apabila membaca komen-komen negatif dan lucah yang dilemparkan masyarakat terhadap perkahwinan seorang wanita tempatan dengan warga Afrika.

“Saya kecewa apabila terbaca dalam media sosial mengenai sikap segelintir lelaki tempatan yang menganggap perkahwinan dengan warga asing hanya kerana seks samata-mata.

“Perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku pada zaman ini dan tindakan mereka memperlihatkan betapa rendahnya mentaliti segelintir rakyat negara ini,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Tambah pelakon drama Love, Elsa itu, dia juga mempersoalkan mengapa masih wujud mentaliti sebegitu dalam rakyat Malaysia memandang rendah terhadap mana-mana wanita yang berkahwin dengan warga asing.

“Jodoh itu rahsia Allah dan tiasa seorang pun yang pernah memasang impian untuk berkahwin dengan warga asing.

“Di mana rasa hormat terhadap perkahwinan dan hubungan orang lain? Berhati-hatilah dalam setiap bicara dan penulisan kerana semuanya akan berbalik kepada diri sendiri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia yang merupakan isteri kepada seorang warga Palestin, Rami Alashkar itu berharap agar persepsi negatif tersebut dihentikan kerana bimbang menjadi barah dalam masyarakat tempatan.

Berkongsi tentang bahtera perkahwinannya dengan suami, Ramona memberitahu dia berpeluang mempelajari budaya Palestin serta mencuba pelbagai jenis masakan dari tanah kelahiran Rami.

“Walaupun masih ramai yang memandang rendah terhadap perkahwinan campur tetapi realitinya kami sangat bahagia.

“Kami berpeluang untuk meneroka budaya dan gaya hidup negara lain. Berhentilah berada di takut lama dan bukalah minta untuk terima perubahan,” katanya lagi.

Untuk rekod, Ramona dan Rami mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ivanna Alashkar yang kini berusia tiga tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI