PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Pahang dan Sabah sehingga pukul 9 malam, hari ini.
MetMalaysia, menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, kawasan yang terlibat ialah Gua Musang di Kelantan; Lipis serta Rompin di Pahang; Miri dan Limbang di Sarawak.
“Ribut petir dan hujan lebat turut dijangka berlaku di Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau, Tambunan, Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod serta Kinabatangan) di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929