fbpx

Patah tulang rusuk ditendang anak panas baran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang berusia 26 tahun.

KUALA LUMPUR – Berang ditegur menconteng dinding, seorang lelaki tergamak memaki dan menendang bapa kandungnya sehingga mengakibatkan tulang rusuk mangsa patah di rumah mereka di Pantai Dalam di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa berusia 68 tahun iaitu seorang pesara juruteknik.

“Menurut mangsa, kejadian berlaku selepas dia menegur anak bongsunya yang menconteng dinding rumah mereka dengan menggunakan ‘pen marker’. Anaknya tidak berpuas hati lalu memaki dan menendang rusuk kanan lelaki itu.

“Pengadu yang sakit pulang ke rumah isterinya di Seremban dan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Basri, pakar perubatan mengesahkan bahawa satu tulang rusuk kanan mangsa patah.

“Pada hari sama, pukul 9.20 malam, polis pergi ke rumah mangsa dan membuat tangkapan ke atas suspek yang berusia 26 tahun itu.

“Suspek yang tidak bekerja itu bebas bahan terlarang dan tiada tiada rekod jenayah. Lelaki itu mengaku menendang perut bapanya kerana mahu mempertahankan diri,” jelas beliau.

Suspek direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI