LONDON – Seorang wanita cuba mendapatkan nasihat pengguna laman sosial Facebook kerana panik selepas berlaku jangkitan pada lubang tindik telinganya susulan aktiviti pelik bersama teman lelakinya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Wanita itu memuat naik foto telinganya yang kelihatan membengkak dalam paparan di Facebook untuk mendapatkan nasihat wanita lain.
Dia mendakwa, teman lelakinya telah ‘bermesra’ pada lubang tindik telinganya.
“Apa yang perlu saya beritahu kepada pihak hospital atau adakah cara merawatnya di rumah?” demikian pertanyaan yang diajukan wanita itu bersama foto keadaan telinganya yang dimuat naik di Facebook.
Netizen yang melihat foto tersebut memenuhi ruang komen dengan pelbagai reaksi tentang insiden itu.
“Apa yang membuatkan dia (teman lelaki) mahu berbuat begitu?” tanya seorang netizen.
Foto tersebut telah dikongsi hampir 39,000 kali. – Agensi