fbpx

Ular sawa mati telan lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rekahan pada perut ular sawa yang menelan seekor lembu dan mati tercekik. - ViralPress

BANGKOK – Seekor ular sawa Burma ditemui mati dengan perut terburai selepas reptilia itu dipercayai menelan mangsa terlalu besar iaitu seekor lembu dewasa, lapor akhbar The Sun, semalam.

Ular sawa sepanjang 4.5 meter itu ditemui oleh petani di wilayah Phitsanulok, utara Thailand, hujung minggu lalu.

Lelaki itu sedang meninjau kawasan berdekatan untuk mencari lembunya yang hilang tiga hari sebelum itu dan menemui bangkai ular sawa di sebalik semak samun.

Dia terkejut apabila melihat keadaan bangkai ular sawa yang terburai dan mendapati lembunya yang hilang berada di dalam perut haiwan itu.

Pakar haiwan tempatan percaya perut ular sawa itu terkoyak akibat terlalu sendat selepas berusaha menelan seekor lembu dewasa dengan sekali telan.

“Mungkin ular sawa itu terlalu lapar dan bertindak memakan lembu itu dengan sekali telan.

“Namun begitu, apabila lembu berjaya ditelan, perutnya tidak mampu menampung beban saiz lembu yang terlalu besar hingga akhirnya turut membunuh ular itu,” kata Pegawai Desa, Nirun Leewattanakul. –

Ular sawa kebiasaannya mampu menelan makanan yang memiliki saiz dua kali ganda daripada ukuran badannya. –  Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI