fbpx

Nenek di Brazil lahirkan cucu sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ingrid (kiri) bersama Rosicleia (kanan) sebelum proses kelahiran di sebuah pusat bersalin swasta di Brazil. - Newsflash

BRASILIA, Brazil – Seorang wanita di negeri Santa Carina, Brazil sanggup menjadi ibu tumpang untuk melahirkan cucu sendiri selepas doktor memberi amaran kehamilan boleh meragut nyawa anak perempuannya, lapor akbar The Sun kelmarin.

Rosicleia de Abreu Carlsem, 53, yang juga seorang guru, melahirkan cucu perempuannya, Maria Clara pada 19 Ogos lalu selepas hamil menerusi kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) hasil telur dan sperma daripada anak serta menantunya.

Menurut Carlsem, anaknya, Ingrid tidak dinasihatkan untuk hamil selepas pernah mengalami komplikasi kesihatan yang meningkatkan risiko pendarahan serius ketika bersalin.

“Bayi ini tetap milik Ingrid dan saya hanya menjadi medium untuk membesarkannya dalam rahim selama sembilan bulan serta melahirkannya ke dunia dengan selamat.

 

Maria Clara dilahirkan ketika usia kandungan 37 minggu dengan berat 3.3 kilogram. – Newsflash

“Saya bersyukur kerana semua proses berjalan lancar dan Maria Clara selamat dilahirkan untuk dimanjakan oleh ibu bapa serta neneknya,” kata Carlsem.

Keluarga ini mengumpul dana sebanyak £5,000 (RM28,710) bagi rawatan IVF menerusi derma orang ramai dan jualan pelitup muka.

Sementara itu, Ingrid meluahkan penghargaan kepada tindakan ibunya dan menyifatkan apa yang dilakukan adalah satu tindakan paling mulia yang pernah dilakukan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI