PETALING JAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengucapkan tahniah kepada barisan Kabinet baharu.
Beliau yang tidak disenaraikan semula sebagai anggota Kabinet memohon maaf kepada semua agensi agama peringkat Persekutuan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri andai pernah terkasar bahasa.
“Tahniah saya ucapkan kepada semua barisan Kabinet khususnya kepada Senator Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Tak dilupakan Datuk Ahmad Marzuk Shaary selaku Timbalan Menteri.
“Doa saya moga negara yang kita cintai ini terus makmur, maju dan bangkit kembali pada era endemik Covid-19,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929