fbpx

Speaker wajar benarkan baju kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim wajar membenarkan pemakaian baju kebangsaan kerana tidak menjadi pemasalahan besar ketika menghadiri sidang DUN tersebut.

Mohd. Sany Hamzan (PH – Templer) berkata, perkara ditekan adalah isi perbahasaan yang dibawa setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk diterjemahkan dengan tindakan sepatutnya dalam membantu rakyat.

“Saya menyokong usul sahabat saya Sungai Panjang (BN- Datuk Mohd. Imran Tamrin) berhubung pemakaian baju kebangsaan dan bukan baju Melayu.

“Saya juga ingin mencadangkan pemakaian baju batik kerana kalau bukan kita promosi siapa lagi. Takkan kita harapkan orang Venezuela, Filipina hendak popularkan pakaian baju batik,” katanya pada sesi perbahasan ucapan pergulunggan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Terdahulu, usul berkaitannya telah dibawa Mohd. Imran kelmarin namun tidak mendapat sebarang respon daripada Timbalan Speaker Hasnul Baharuddin.

Mohd. Sany turut bersetuju cadangan Elizabeth Wong Keat Ping (PH-Bukit Lanjan) pengecualian tersebut adalah selaras seperti dilaksanakan Dewan Rakyat dalam membenarkan baju kebangsaan dan blazer yang bukan berwarna hitam.

“Ini macam main sepak takraw, Bukit Lanjang umpama feeder yang mengangkat bola cantik dan saya kiler (melakukan) lipat pari kena kepada tuan Speaker (Ng Suee Lim)

“Kalau tengok di Singapura pun dalam persidangannya, MP (Ahli Parlimen) dan Perdana Menterinya sendiri hanya memakai baju kemeja,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI