PUTRAJAYA – Sebanyak 22,070 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,662,913 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 5,920 kes, diikuti oleh Sabah sebanyak 3,010 kes dan Sarawak sebanyak 2,224 kes.
“Selain itu, Kedah (2,072 kes), Pulau Pinang (1,829 kes), Johor (1,809 kes), Kuala Lumpur (1,068 kes), Kelantan (1,051 kes), Perak (939 kes), Pahang (610 kes), Melaka (589 kes), Terengganu (488 kes) dan Negeri Sembilan (338 kes).
“Perlis pula (76 kes), Putrajaya (39 kes) dan Labuan (lapan kes),” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929