fbpx

Lapan bengkel musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran lapan deretan bengkel di Jalan Tanjung Api dekat Padang Lalang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – “Dari jauh saya nampak asap tebal, dan hati saya berdebar-debar namun masih berharap bukan bengkel ayah yang terbakar.

“Namun sudah ditakdirkan, bengkel yang diusahakan ayah selama lebih 30 tahun musnah sekelip mata,”kata Jogender Kaur, 49, anak kepada pemilik bengkel yang terbakar di Jalan Tanjung Api-Padang Lalang, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, bengkel kenderaan berat milik bapanya, Sarjit Singh, 74, antara lapan bengkel kenderaan yang musnah dalam kebakaran berkenaan namun enam pekerja warga asing yang tinggal di premis itu berjaya menyelamatkan diri.

Jogender berkata, dia dan bapanya bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan barang-barang selepas menerima panggilan daripada rakannya yang memaklumkan kejadian itu.

“Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 6 pagi, kami tidak dibenarkan untuk mendekati kawasan kejadian kerana bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.

“Saksi kejadian memberitahu kebakaran itu dikatakan berpunca daripada jentolak yang diletakkan di depan bengkel bapa untuk dibaiki sebelum ia merebak ke bangunan berkenaan,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Jogender, dia menyerahkan kepada pihak berkuasa melakukan siasatan kerana bapanya menyatakan jentolak terbabit tidak mempunyai bateri dan sistem elektrik semasa kejadian. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI