fbpx

Ahli ‘Geng Barath’ seludup migran diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI warga Indonesia yang diberkas polis IPD Kota Tinggi dalam serbuan di Bandar Penawar malam semalam.

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Polis berjaya menahan tiga ahli sindiket ‘Geng Barath’ yang dipercayai melakukan kegiatan penyeludupan migran di kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi dalam serbuan dilakukan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, tiga tekong lelaki warga tempatan berusia 27 hingga 35 tahun itu ditangkap di tepi jalan hutan di Bandar Penawar.

Jelasnya, dalam tangkapan pada pukul 8 malam itu turut berjaya menahan sembilan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia berusia lingkungan 22 hingga 44 tahun yang bersembunyi di dalam hutan tersebut.

“Tangkapan ini terlibat dalam penyeludupan migran yang membawa masuk dan keluar warganegara Indonesia ke Malaysia.

“Semasa serbuan, polis turut merampas sebuah lori jenis Hino dipercayai membawa migran ke kawasan tersebut. Turut dirampas 17 telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussin berkata, tiga tekong direman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama 28 hari sehingga 14 September ini.

Manakala kesemua tangkapan migran terdiri dari lapan lelaki dan seorang wanita itu pula akan direman 14 hari sehingga 31 Ogos ini.

“Semua tangkapan disiasat di bawah peruntukkan undang-undang Seksyen 26A ATIPSOM 2007, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tempoh 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

“Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya dan sebatan tidak lebih 6 sebatan,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI