fbpx

Petugas PPV larang rakam video, sekali KJ bagi salam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran salam Khairy Jamaluddin selepas namanya diumumkan menjawat jawatan Menteri Kesihatan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

PETALING JAYA – Tindakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertindak berkongsi semula video memaparkan seorang pemuda yang tidak dibenarkan merakam video ketika menerima suntikan vaksin di laman Twitter mencuit hati pengguna media sosial, hari ini.

“Assalamualaikum,” tulisnya ringkas sebentar tadi yang diulang kicau lebih 16,000 kali.

Rabu lalu, pemilik akaun bernama @winraffm yang dikenali sebagai Raff memuat naik satu klip video meluahkan rasa kecewa apabila hasratnya merakam momen tersebut dihalang seorang petugas di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Johor.

“Punyalah happening (ceria) jururawat layan siap bagi rakam. Datang seorang pegawai ini tutup kamera alasan KJ (Khairy Jamaluddin) sudah letak jawatan. Biadab. Nasib rakam memang untuk bagi keluarga saja,” ujarnya.

Bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu sebelum ini membenarkan orang ramai untuk merakam video atau gambar ketika menerima suntikan vaksinasi di mana-mana PPV.

Keputusan tersebut diambil bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh bahawa mereka sudah mendapat suntikan vaksin yang sempurna.

Terdahulu, Khairy Jamaluddin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pemilihannya menyertai anggota Kabinet baharu sebagai Menteri Kesihatan.

“Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberi. Insya-Allah amanah yang sangat berat ini akan saya pikul dengan bersungguh demi Keluarga Malaysia,” tulisnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN