fbpx

PM umum Kabinet baharu tanpa TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy dan Faizal Azumu.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Kabinet baharu dibarisi seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri hari ini.

Bagamanapun tiada pengumuman berhubung lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dibuat.

Empat menteri kanan dilantik meliputi Menteri Kanan Pendidikan, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Menteri Kanan Kerja Raya dan Menteri Pertahanan.

Rata-rata Jemaah Menteri yang diumumkan merupakan bekas Menteri dan Timbalan Menteri yang dibarisi kerajaan terdahulu.

Mereka termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri MITI dan  Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Pertahanan.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilantik sebagai Menteri Kesihatan sementara Datuk Seri Dr. Adham Baba pula dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dikekalkan sebagai Menteri Kewangan manakala Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin sebagai Menteri Pendidikan.

Pengumuman hari ini turut menyaksikan pelantikan muka baharu antaranya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula pula dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI