fbpx

80 kes bunuh diri di Perak sepanjang PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Wan Norashikin

IPOH – Sebanyak 80 kes bunuh diri dilaporkan di Perak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac tahun lalu sehingga akhir bulan lalu.

Sebanyak 33 kes berpunca tekanan jiwa, tidak diketahui punca (24 kes), masalah kewangan (13 kes), penyakit (empat kes) manakala masing-masing tiga kes berkaitan dadah dan sakit mental.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin berkata, 66 kes melibatkan lelaki dan 14 lagi wanita dengan kaum Cina (32 orang), India (29 orang), lain-lain kaum (11 orang) dan lapan orang Melayu.

Menurut beliau, berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak pula, bilangan pesakit mental yang didaftar dan mendapat rawatan di klinik ialah 5,213 orang sepanjang tahun lalu serta 4,559 orang untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan negeri melibatkan kerjasama bukan sahaja dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), namun melibatkan juga JKN, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

“Antara langkah pencegahan termasuklah mewujudkan Talian Kasih 15999 oleh JKM manakala JPW bersama kerajaan negeri menubuhkan Skuad Waja (Wanita Anti Jenayah) Perak bertujuan memperkasakan komuniti melalui bimbingan psikososial dan aktiviti dalam komuniti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Mohd. Azhar Jamaluddin (BN – Changkat Jong) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN