PETALING JAYA – Sebanyak 232 unit rumah jenis teres berkembar diserahkan kepada pembeli Projek Perumahan Makmur Karak Setia Idaman, Lake View Jaya, Pahang oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) hari ini.
Sejak tubuhnya SPNB, ia telah mengambil peranan meningkatkan peluang pemilikan kediaman untuk memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik di Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Hasleen Isnin, pengurusan kini tertumpu untuk memastikan rumah dapat disiapkan dan kebajikan para pembeli diberi keutamaan walaupun negara sedang berdepan dengan krisis pandemik Covid-19.
“Walaupun dengan kekangan yang dihadapi pada waktu sukar ini, keutamaan kami adalah untuk menyelesaikan masalah projek terdahulu yang lewat siap atau terbengkalai bagi para pembeli yang terkesan” ujar beliau ketika membuat lawatan kerja dan tinjauan projek yang telah siap dibina.
Projek Kediaman SPNB Lake View Jaya dibina di atas tapak seluas 79 ekar melibatkan 232 unit rumah jenis teres berkembar dan setiap unit pula mempunyai keluasan binaan 1,158 kaki persegi.
“Kami juga menghargai sokongan dan kepercayaan dari Kerajaan Negeri Pahang menyediakan tanah untuk dimajukan menjadi Perumahan Makmur Karak Setia Idaman, Lake View Jaya di Bentong ini oleh SPNB,” tambahnya lagi.
Dengan nilai pembangunan sebanyak RM 34 juta, kediaman ini yang mengetengahkan konsep ekosistem lengkap untuk kehidupan mampu milik bagi setiap pembeli. Rumah jenis teres berkembar ini dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 bilik air dengan harga permulaan jualan yang bermula dari RM148,000 seunit. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929