PETALING JAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mendedahkan terdapat individu tidak bertanggungjawab mempergunakan namanya untuk mempromosikan Ivermectin bagi merawat Covid-19.
Beliau menerusi laman Facebook dan Twitter memuat naik tangkap layar satu hantaran yang dipercayai disunting menyatakan beliau pernah berkongsi kelebihan penggunaan ubat anti-parasit tersebut pada 22 Januari lalu.
“Satu lagi berita palsu yang tidak bertanggungjawab. Tidak pernah berakhir pertempuran memerangi virus SARS-CoV-2 (Sindrom pernafasan akut teruk Coronavirus 2) dan berita palsu tular di media sosial,” katanya semalam.
Kandungan berita palsu itu antaranya menyebut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan Ivermectin sebagai ubat penting sejak 2019 selain mengaitkannya dengan rawatan Covid-19.
“Ivermectin lebih murah mudah didapati dan selamat digunakan,” demikian antara kandungan berita palsu tersebut. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929